Wednesday, July 18, 2012

Kad Keahlian Khairat Kematian

AJK Khairat sedang dalam proses mengedarkan kad Keahlian Beserta Nombor Keahlian bagi ahli berdaftar Persatuan Khairat Kematian Taman Desa Aman.

Hanya ahli lama yang telah menyerahkan borang kemaskini butiran keahlian dan membayar Yuran Tahunan 2012 sebanyak RM20 serta tiada tunggakan Yuran Tahunan 2010 (RM5) dan 2011 (RM5) akan diserahkan kad keahlian berkenaan.


Bagi keahlian baru, kad keahlian akan diberikan apabila anda melengkapkan borang keahlian dan membayar  Yuran Keahlian RM20 serta Yuran Tahunan 2012 RM20.


Borang kemaskini keahlian telah diedarkan kepada semua penduduk Taman Desa Aman, Taman Aman Indah dan ahli Qariah Surau Syed Ali pada tahun 2011. Borang keahlian masih boleh diperolehi daripada AJK Khairat dan serahkan kembali berserta bayaran sepatutnya. 


Kami juga ingin memaklumkan bahawa AJK Khairat Kematian telah bersetuju untuk membuka keahlian Khairat Kematian Taman Desa Aman ini kepada penduduk Taman Aman Sejahtera berkuatkuasa 2012.


"Bersegeralah Untuk Melakukan Kebaikan"
Sekian, Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment