Monday, July 18, 2011

Makluman

1) Pihak AJK sedang mengedarkan borang keahlian baru kepada setiap penduduk Taman Desa Aman, Taman Aman Indah dan ahli Qaryah Surau Syed Ali.
Ø  Setiap ahli sediaada dikehendaki mengisi borang keahlian baru ini. Sila tandakan  Kemaskini Maklumat Keahlian.
Ø Bagi permohonan baru, sila tandakan Permohonan Keahlian Baru.

Sila kembalikan borang yang telah diisi (beserta wang  pendaftaran RM20 dan/atau yuran tahunan RM5 jika ada) secepat mungkin kepada  AJK Persatuan Khairat Kematian Taman Desa Aman masing-masing.

2) Sebagaimana yang termaktub dalam Syarat dan Terma Persatuan, sebelum 31/12/2011, setiap kali ada kematian setiap ahli dikehendaki topup RM5. Adalah dimaklumkan pada tahun ini sahaja kita telah menerima 2 kematian waris ahli. Oleh itu adalah dipohon kepada ahli yang belum topup, sila berjumpa dengan AJK Fasa masing-masing untuk menyerahkan topup tersebut. Semoga Allah membalas keikhlasan tuan/puan.

:: MUAT TURUN BORANG KEAHLIAN KHAIRAT KEMATIAN TAMAN DESA AMAN DI SINI :: 



Sunday, July 17, 2011

Kematian Bapa Ahli

Semalam, 17 Julai 2011, seorang bapa kepada ahli Persatuan Khairat Kematian Taman Desa Aman iaitu Mohd Mahadzir bin Mohd Hanafi di Fasa 1 beralamat No 47, Jalan Aman 2 telah kembali ke rahmatullah pada 7.20 pagi. Jenazah Allahyarham Mohd Hanafi yang juga tinggal bersama beliau telah selamat disembahyangkan di rumah beliau dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tebuk Haji Musa, Parit Buntar.

Ini adalah kematian kedua melibatkan ahli Persatuan Khairat Kematian Taman Desa Aman pada tahun ini di mana kematian pertama melibatkan isteri Tarmizi Fasa 1 di alamat No 73, Jalan Aman 1 pada 6 April 2011.

Pihak Persatuan telah menyumbang wang khairat sebanyak RM500 sepertimana yang ditetapkan untuk meringankan urusan pengkebumian beliau. Pihak AJK Persatuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga Penduduk Taman Desa Aman, Ahli Qaryah Jalan Terusan dan semua pihak yang telah hadir menziarahi jenazah Allahyarham.  AL-FATIHAH.

Friday, July 8, 2011

Terma Dan Syarat Persatuan

1.   Keahlian
Keahlian adalah terbuka kepada semua penduduk Taman Desa Aman, Taman Aman  Indah dan ahli qariah Surau Tuan Syed Ali Jalan Terusan.
Had umur maksimum keahlian adalah tidak melebihi 60 tahun.
Tempoh matang keahlian adalah selepas 90 hari dari tarikh permohonan keahliannya disahkan.

2.   Yuran
a)   Yuran pendaftaran adalah RM20.
b)   Yuran tahunan RM20 (Berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012).
     (Sebelum 31/12/2011, yuran tahunan adalah RM5 dan kutipan segera (topup) RM5 setiap kali ada kematian yang layak diberi sumbangan khairat)

3.   Sumbangan dan Saguhati
a)   RM500 jika terdapat kematian melibatkan:
i)     Ahli
ii)    Isteri/ suami yang tinggal bersama dalam kawasan khairat
iii)  Anak-anak ahli berumur 13 hingga 25 tahun serta belum berkahwin.
b)   RM300 jika terdapat kematian melibatkan anak-anak ahli berumur 6 bulan hingga 12 tahun.
c)   RM200 jika terdapat kematian melibatkan ibu bapa dan mertua yang tinggal bersama ahli secara berterusan dalam tempoh melebihi setahun.
d)   Saguhati RM100 akan diberikan jika terdapat kematian melibatkan:
i)     Anak-anak ahli berumur kurang 6 bulan dari tarikh kelahiran.
ii)    Ibu bapa dan mertua yang tinggal bersama ahli dalam tempoh kurang setahun.

Nilai sumbangan dan saguhati maksimum dalam satu masa dan keadaan adalah tidak melebihi RM1500.

4.   Prosuder  Tuntutan
Ahli atau waris yang ingin membuat tuntutan khairat hendaklah menunjukkan Kad Keahlian serta menyerahkan salinan Sijil Kematian.

5.   Pelucutan Keahlian
Ahli yang tidak membayar yuran tahunan pada tahun semasa terlucut keahliannya secara automatik serta tidak layak menerima sumbangan jika berlaku kematian.

Catatan: Tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa oleh mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Khairat Kematian Taman Desa Aman, Parit Buntar.

Sebarang kemusykilan sila rujuk pengerusi, timbalan pengerusi atau mana-mana AJK Persatuan Khairat Kematian Taman Desa Aman, Parit Buntar.

AJK Khairat Kematian 2011-2012

Penasihat: Hj Yahaya bin Abas - Belakang Surau Syed Ali, Jalan Terusan
Pengerusi: Rashidi bin Idris (0195442782) - No 40, Jalan Aman 2, Tmn Desa Aman
Timbalan Pengerusi: Muhamad Adli Zakaria (0195571471) - No 80, Jalan Aman 3, Tmn Desa Aman
Setiausaha: Rozaimin bin Mustafa (0123918973) - No 9, Jalan Aman 2, Tmn Desa Aman
Bendahari: Mohd Fadhil bin Khalidi (0125578605) - No 38, Jalan Aman 1, Tmn Desa Aman
AJK Fasa 1: Ishak bin Othman - No 55, Jalan Aman 1, Tmn Desa Aman
AJK Fasa 2: Awang bin Hamid - No 40 Jalan Aman 3, Tmn Desa Aman
AJK Fasa 3: Yusuf bin Asmawi - No 96, Jalan Aman 2, Tmn Desa Aman
AJK Fasa  4: Shamsudin bin Ramli - No 14, Lintang Aman 8, Tmn Desa Aman
Fasa 5: Mohd Abd Baset bin Sahlan - No 36, Jalan Aman 1, Tmn Desa Aman
AJK Jalan Terusan: Azmi bin Saari - No F345, Jalan Terusan.
AJK Taman Aman Indah: Mohd Nazri b in Abd Rahman - No 3, Lintang Indah 3, Tmn Aman Indah

Mesyuarat Agong

ALHAMDULILLAH. Persatuan Khairat Kematian Taman Desa Aman telah mengadakan mesyuarat agong yang pertama pada 22.05.2011. Agenda utama mesyuarat ini adalah untuk melantik AJK persatuan dan merangka syarat dan terma khairat kematian yang lebih terperinci.