Sunday, March 10, 2013

Tanda-tanda 100 Hari Kematian


Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-Nya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walau bagaimanapun, semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam saja, sedangkan orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka ini akan dicabut tanpa peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi pada beberapa keadaan :
1. Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hamba-Nya dan hanya akan disedari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sedar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu ‘Asar. Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging sapi yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan- akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sedar dan berdetak di hatinya bahawa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sadar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
2. Tanda 40 Hari Sebelum Hari Kematian
Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu ‘Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas ‘Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
3. Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan.
4. Tanda 3 hari
Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui / difahami maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
5. Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu ‘Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu ‘Asar keesokan harinya.
6. Tanda akhir
Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Penutup
Sesungguhnya marilah kita bertakwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita termasuk di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda- tanda kematian ini; semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan baik dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri, dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Namun demikian, sesuai dengan sifat Allah SWT Yang Maha Kuasa lagi Pemurah, Maha Pengasih, maka diriwayatkan bahawa tarikh kematian seseorang manusia itu masih dapat diubah dengan amalan doa, baik doa dari kita sendiri maupun doa dari orang lain. Namun hal ini adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.
Oleh kerana itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan waktu dan kesehatan tubuh / badan dan juga fikiran dalam sedaya-upaya kita untuk mencari keredhaan Allah SWT di dunia mahupun akhirat kelak.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
Wallahu a’lam…
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya
“Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa.
Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.”

Wednesday, July 25, 2012

Borang Khairat Kematian TDA

Atas Permintaan ramai, di sini saya sertakan borang Persatuan Khairat Kematian Taman Desa Aman bagi tujuan pendaftaran baru atau mengemaskini keahlian.

Bagi ahli baru dan ahli lama yang belum menyerahkan borang kemaskini sahaja, tuan/ puan boleh klik pada gambar tersebut dan print.
Sila tandakan samada Permohonan Keahlian Baru atau Kemaskini Keahlian serta lengkapkan semua maklumat yang dikehendaki.
Sila kembalikan borang yang telah lengkap kepada AJK Fasa masing-masing beserta wang Yuran (Jika berkaitan). Terima Kasih.

Saturday, July 21, 2012

Senarai Ahli

Berikut ialah senarai ahli terkini yang telah Kemaskini Maklumat Keahlian dan telah menjelaskan yuran tahunan 2012 setakat 16 Julai 2012.
(Akan diupdate dari masa ke masa)


FASA 1 
Alamat No Ahli NAMA
40 Jalan Aman 2 1001 Rashidi b. Idris
55 Jalan Aman 2 1002 Ishak b. Othman
48 Jalan Aman 2 1003 Rosli b. Harun
35 Jalan Aman 2 1004 Halit b. Rapei
10 Jalan Aman 2 1005 Faridah bt. Sulaiman
5 Jalan Aman 1 1006 Mohd Rofi bin Daros
9 Jalan Aman 2 1007 Rozaimin b Mustafa
39 Jalan Aman 1 1008 Khairul Nizam bin Asmawi
71 Jalan Aman 1 1009 Che Fauziah bt Mohd Saad
86 Jalan Aman 2 1010 Hasnah bt Bakar (sudah meninggal)
57 Jalan Aman 1 1011 Md Isa b. Abdullah
34 Jalan Aman 2 1012 Mohd Anwer b. Abd Samad
17 Jalan Aman 2 1013 Termizi b. Md Nor
29 Jalan Aman 1 1014 Zul bin Abu Bakar
3 Jalan Aman 1 1015 Mazlan bin Nordin
13 Jalan Aman 2 1016 Izatul Syima bt. Zakaria
65 Jalan Aman 2 1017 Zaedatul Fetterah bt Nali
45 Jalan Aman 2 1018 Ismail b. Awang
27 Jalan Aman 1 1019 Azmi B. Samad
57 Jalan Aman 2 1020 Abdullah b. Saidin
59 Jalan Aman 2 1021 Amirul Razif b. Salleh Nordin
56 Jalan Aman 2 1022 Muhammad b. Hamid
29 Jalan Aman 2 1023 Aminuddin b Salleh
71 Jalan Aman 2 1024 Mohamad Salim b Hamad
9 Jalan Aman 1 1025 Hesam bin Abu Bakar
21 Jalan Aman 2 1026 Mohammad Razif  bin Osman



FASA 2
Alamat No Ahli NAMA
40 Jalan Aman 3 2001 Awang bin Hamid
24 Jalan Aman 3 2002 Abdul Gani b Che Amat
16 Jalan Aman 3 2003 Mat Naim b Bahari
13 Lintang Aman 4 2004 Asri bin Awang
12 Jalan Aman 3 2005  Zaidi b.Rosli



FASA 3
Alamat No Ahli NAMA
81 Jalan Aman 2 3001 Jamaludin bin Mohamad
87 Jalan Aman 2 3002 Salmah bt Rasidi
87 Jalan Aman 2 3003 Rasidah bt Yusuf
108 Jalan Aman 2 3004 Samsuri bin Hamid
110 Jalan Aman 2 3005 Mohd Hisyam bin Sulaiman
126 Jalan Aman 2 3007 Hanapiah bin Samail
88 Jalan Aman 2 3008 Mohd Nazim bin Yusuf
79 Jalan Aman 2 3009 Zulkifli bin Mohamad
104 Jalan Aman 2 3010 Mohamad Redzuan bin Mokhtar
85 Jalan Aman 2 3012 Mohd Fauzi bin Abdullah
93 Jalan Aman 2 3013 Abd Hisyam bin Sulaiman
97 Jalan Aman 2 3014 Mohd Yusuf b Talimon
98 Jalan Aman 2 3015 Yusuf bin Asmawi
102 Jalan Aman 2 3016 Kaspalela bt Md Arsat
130 Jalan Aman 2 3017 Mohamed Khalil bin Md Senusi



FASA 4 
Alamat No Ahli NAMA
80 Jalan Aman 3 4001 Muhammad Adli bin Zakaria
27 Jalan Aman 3 4002 Nurjunaidi bin Abdul Manap
27 Jalan Aman 4 4003 Hj Abdul Rashid bin Hj Omar
12 Lintang Aman 6 4004 Mohd Nizam b. Harun
4 Lintang Aman 8 4005 Baharuddin b. Mat
14 Lintang Aman 8 4006 Shamsudin b. Ramli
10 Lintang Aman 8 4007 Ahmad Yusni b. Mohd
8 Jalan Aman 4 4008 Radzi bin Abdul Razak
3 Jalan Aman 4 4009 Norhaizanizam bin Musa
23 Jalan Aman 3 4010 Saiful Amin bin Arsat
82 Jalan Aman 3 4011 Baharudin bin Ismail
6 Lintang Aman 9 4012 Zainal bin Sapiei
3 Lintang Aman 9 4013 Hamidun bin Rasip
18 Lintang Aman 9 4014 Mohd Syukor bin Zakaria
14 Lintang Aman 6 4015 Nazaruddin b Uda Dzulahyal
54 Jalan Aman 3 4016 Abdul Aziz bin Abu Hanifah
70 Jalan Aman 3 4017 Mohd Fairul Nizam bin Mohd Ali 
7 Jalan Aman 3 4018 Sharom bin Ismail
16 Jalan Aman 4 4019 Muhamad bin Bujang
12 Lintang Aman 9 4020 Mohd Fazil b Othman
16 Lintang Aman 9 4021 Zulkifli b. Bakri



FASA 5
Alamat No Ahli NAMA
38 Jalan Aman 1 5001 Mohd Fadhil bin Khalidi
52 Jalan Aman 1 5002 Mohd Zin bin Mohd Rozi
102 Jalan Aman 1 5003 Amir b. Mat Isa



JALAN TERUSAN
Alamat No Ahli NAMA
F345 Jln Terusan 6001 Mohd Azmi Saari
F364 Jln Terusan 6002 Yahaya bin Abas
F343 Jln Terusan 6003 Jamalludin bin Awang
F381 Jln Terusan 6004 Mohd Salleh bin Hj Mohd Zaini
F352 Jln Terusan 6005 Zaidi bin Arashad
F369 Jln Terusan 6006 Abdul Latif bin Mat zaini
F385 Jln Terusan 6007 Ahmad Shauhaimi bin Sani
F381 Jln Terusan 6008 Badrolhissham bin Jamaludin
F398 Jln Terusan 6009 Ahmad shukor bin Hashim
F383 Jln Terusan 6010 Ahmad bin Che Embi
F372 Jln Terusan 6011 Zainal bin Jafri
F399 Jln Terusan 6012 Mustafa bin Salleh
F343 Jln Terusan 6013 Mat Isa bin Awang
F384 Jln Terusan 6014 Siti Aminah bt Musa
F386 Jln Terusan 6015 Salasiah bt Hasan
F398 Jln Terusan 6016 Samsiah bt Hashim
F363 Jln Terusan 6017 Abdul Rahman bin Shafie
Jln Terusan 6018
F345 Jln Terusan 6019 Arashad bin Hassan
F352 Jln Terusan 6020 Junaidi  bin Latib
2619 Jln Terusan 6021 Abd Rahman bin Mohamed Yusoff



TAMAN AMAN INDAH
Alamat No Ahli NAMA
2 Lintang Indah 3 7001 Mohd Nazri bin Abd Rahman
6 Lintang Indah 3 7002 Hanisah bt Salleh (Hj Mustafa Hj Said) 
1 Lintang Indah 5 7003 Mohd Fakhrul Helmi bin Mohamad saad
3 Lintang Indah4 7004 Mohamad Azahar bin Ahmad Nadri

Wednesday, July 18, 2012

Kad Keahlian Khairat Kematian

AJK Khairat sedang dalam proses mengedarkan kad Keahlian Beserta Nombor Keahlian bagi ahli berdaftar Persatuan Khairat Kematian Taman Desa Aman.

Hanya ahli lama yang telah menyerahkan borang kemaskini butiran keahlian dan membayar Yuran Tahunan 2012 sebanyak RM20 serta tiada tunggakan Yuran Tahunan 2010 (RM5) dan 2011 (RM5) akan diserahkan kad keahlian berkenaan.


Bagi keahlian baru, kad keahlian akan diberikan apabila anda melengkapkan borang keahlian dan membayar  Yuran Keahlian RM20 serta Yuran Tahunan 2012 RM20.


Borang kemaskini keahlian telah diedarkan kepada semua penduduk Taman Desa Aman, Taman Aman Indah dan ahli Qariah Surau Syed Ali pada tahun 2011. Borang keahlian masih boleh diperolehi daripada AJK Khairat dan serahkan kembali berserta bayaran sepatutnya. 


Kami juga ingin memaklumkan bahawa AJK Khairat Kematian telah bersetuju untuk membuka keahlian Khairat Kematian Taman Desa Aman ini kepada penduduk Taman Aman Sejahtera berkuatkuasa 2012.


"Bersegeralah Untuk Melakukan Kebaikan"
Sekian, Terima Kasih.

Kematian bapa ahli

Pada 28 Jun 2012 Pak Hashim yang merupakan bapa kepada ahli Samsiah bt Hashim yang tinggal di 6016, Jalan Terusan telah meninggal dunia. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau serta menempatkan beliau dalam golongan orang yang diRedhaiNya. Pihak AJK telah menyumbang RM200 kepada waris beliau. Al-Fatihah

Monday, July 18, 2011

Makluman

1) Pihak AJK sedang mengedarkan borang keahlian baru kepada setiap penduduk Taman Desa Aman, Taman Aman Indah dan ahli Qaryah Surau Syed Ali.
Ø  Setiap ahli sediaada dikehendaki mengisi borang keahlian baru ini. Sila tandakan  Kemaskini Maklumat Keahlian.
Ø Bagi permohonan baru, sila tandakan Permohonan Keahlian Baru.

Sila kembalikan borang yang telah diisi (beserta wang  pendaftaran RM20 dan/atau yuran tahunan RM5 jika ada) secepat mungkin kepada  AJK Persatuan Khairat Kematian Taman Desa Aman masing-masing.

2) Sebagaimana yang termaktub dalam Syarat dan Terma Persatuan, sebelum 31/12/2011, setiap kali ada kematian setiap ahli dikehendaki topup RM5. Adalah dimaklumkan pada tahun ini sahaja kita telah menerima 2 kematian waris ahli. Oleh itu adalah dipohon kepada ahli yang belum topup, sila berjumpa dengan AJK Fasa masing-masing untuk menyerahkan topup tersebut. Semoga Allah membalas keikhlasan tuan/puan.

:: MUAT TURUN BORANG KEAHLIAN KHAIRAT KEMATIAN TAMAN DESA AMAN DI SINI :: 



Sunday, July 17, 2011

Kematian Bapa Ahli

Semalam, 17 Julai 2011, seorang bapa kepada ahli Persatuan Khairat Kematian Taman Desa Aman iaitu Mohd Mahadzir bin Mohd Hanafi di Fasa 1 beralamat No 47, Jalan Aman 2 telah kembali ke rahmatullah pada 7.20 pagi. Jenazah Allahyarham Mohd Hanafi yang juga tinggal bersama beliau telah selamat disembahyangkan di rumah beliau dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tebuk Haji Musa, Parit Buntar.

Ini adalah kematian kedua melibatkan ahli Persatuan Khairat Kematian Taman Desa Aman pada tahun ini di mana kematian pertama melibatkan isteri Tarmizi Fasa 1 di alamat No 73, Jalan Aman 1 pada 6 April 2011.

Pihak Persatuan telah menyumbang wang khairat sebanyak RM500 sepertimana yang ditetapkan untuk meringankan urusan pengkebumian beliau. Pihak AJK Persatuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga Penduduk Taman Desa Aman, Ahli Qaryah Jalan Terusan dan semua pihak yang telah hadir menziarahi jenazah Allahyarham.  AL-FATIHAH.