Sunday, July 17, 2011

Kematian Bapa Ahli

Semalam, 17 Julai 2011, seorang bapa kepada ahli Persatuan Khairat Kematian Taman Desa Aman iaitu Mohd Mahadzir bin Mohd Hanafi di Fasa 1 beralamat No 47, Jalan Aman 2 telah kembali ke rahmatullah pada 7.20 pagi. Jenazah Allahyarham Mohd Hanafi yang juga tinggal bersama beliau telah selamat disembahyangkan di rumah beliau dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tebuk Haji Musa, Parit Buntar.

Ini adalah kematian kedua melibatkan ahli Persatuan Khairat Kematian Taman Desa Aman pada tahun ini di mana kematian pertama melibatkan isteri Tarmizi Fasa 1 di alamat No 73, Jalan Aman 1 pada 6 April 2011.

Pihak Persatuan telah menyumbang wang khairat sebanyak RM500 sepertimana yang ditetapkan untuk meringankan urusan pengkebumian beliau. Pihak AJK Persatuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga Penduduk Taman Desa Aman, Ahli Qaryah Jalan Terusan dan semua pihak yang telah hadir menziarahi jenazah Allahyarham.  AL-FATIHAH.

No comments:

Post a Comment