AJK Khairat sedang dalam proses mengedarkan kad Keahlian Beserta Nombor Keahlian bagi ahli berdaftar Persatuan Khairat Kematian Taman Desa Aman.
Hanya ahli lama yang telah menyerahkan borang kemaskini butiran keahlian dan membayar Yuran Tahunan 2012 sebanyak RM20 serta tiada tunggakan Yuran Tahunan 2010 (RM5) dan 2011 (RM5) akan diserahkan kad keahlian berkenaan.
Bagi keahlian baru, kad keahlian akan diberikan apabila anda melengkapkan borang keahlian dan membayar Yuran Keahlian RM20 serta Yuran Tahunan 2012 RM20.
Borang kemaskini keahlian telah diedarkan kepada semua penduduk Taman Desa Aman, Taman Aman Indah dan ahli Qariah Surau Syed Ali pada tahun 2011. Borang keahlian masih boleh diperolehi daripada AJK Khairat dan serahkan kembali berserta bayaran sepatutnya.
Kami juga ingin memaklumkan bahawa AJK Khairat Kematian telah bersetuju untuk membuka keahlian Khairat Kematian Taman Desa Aman ini kepada penduduk Taman Aman Sejahtera berkuatkuasa 2012.
"Bersegeralah Untuk Melakukan Kebaikan"
Sekian, Terima Kasih.
Keahlian adalah terbuka kepada semua penduduk Taman Desa Aman, Taman Aman Indah, Taman Aman Sejahtera dan ahli qariah Surau Tuan Syed Ali Jalan Terusan.
Showing posts with label Makluman. Show all posts
Showing posts with label Makluman. Show all posts
Wednesday, July 18, 2012
Monday, July 18, 2011
Makluman
1) Pihak AJK sedang mengedarkan borang keahlian baru kepada setiap penduduk Taman Desa Aman, Taman Aman Indah dan ahli Qaryah Surau Syed Ali.
Ø Setiap ahli sediaada dikehendaki mengisi borang keahlian baru ini. Sila tandakan Kemaskini Maklumat Keahlian.
Ø Bagi permohonan baru, sila tandakan Permohonan Keahlian Baru.
Sila kembalikan borang yang telah diisi (beserta wang pendaftaran RM20 dan/atau yuran tahunan RM5 jika ada) secepat mungkin kepada AJK Persatuan Khairat Kematian Taman Desa Aman masing-masing.
2) Sebagaimana yang termaktub dalam Syarat dan Terma Persatuan, sebelum 31/12/2011, setiap kali ada kematian setiap ahli dikehendaki topup RM5. Adalah dimaklumkan pada tahun ini sahaja kita telah menerima 2 kematian waris ahli. Oleh itu adalah dipohon kepada ahli yang belum topup, sila berjumpa dengan AJK Fasa masing-masing untuk menyerahkan topup tersebut. Semoga Allah membalas keikhlasan tuan/puan.
:: MUAT TURUN BORANG KEAHLIAN KHAIRAT KEMATIAN TAMAN DESA AMAN DI SINI ::

Friday, July 8, 2011
Mesyuarat Agong
ALHAMDULILLAH. Persatuan Khairat Kematian Taman Desa Aman telah mengadakan mesyuarat agong yang pertama pada 22.05.2011. Agenda utama mesyuarat ini adalah untuk melantik AJK persatuan dan merangka syarat dan terma khairat kematian yang lebih terperinci.
Subscribe to:
Posts (Atom)