Keahlian adalah terbuka kepada semua penduduk Taman Desa Aman, Taman Aman Indah, Taman Aman Sejahtera dan ahli qariah Surau Tuan Syed Ali Jalan Terusan.
Showing posts with label Kematian. Show all posts
Showing posts with label Kematian. Show all posts
Wednesday, July 18, 2012
Kematian bapa ahli
Pada 28 Jun 2012 Pak Hashim yang merupakan bapa kepada ahli Samsiah bt Hashim yang tinggal di 6016, Jalan Terusan telah meninggal dunia. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau serta menempatkan beliau dalam golongan orang yang diRedhaiNya. Pihak AJK telah menyumbang RM200 kepada waris beliau. Al-Fatihah
Sunday, July 17, 2011
Kematian Bapa Ahli
Semalam, 17 Julai 2011, seorang bapa kepada ahli Persatuan Khairat Kematian Taman Desa Aman iaitu Mohd Mahadzir bin Mohd Hanafi di Fasa 1 beralamat No 47, Jalan Aman 2 telah kembali ke rahmatullah pada 7.20 pagi. Jenazah Allahyarham Mohd Hanafi yang juga tinggal bersama beliau telah selamat disembahyangkan di rumah beliau dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tebuk Haji Musa, Parit Buntar.
Ini adalah kematian kedua melibatkan ahli Persatuan Khairat Kematian Taman Desa Aman pada tahun ini di mana kematian pertama melibatkan isteri Tarmizi Fasa 1 di alamat No 73, Jalan Aman 1 pada 6 April 2011.
Pihak Persatuan telah menyumbang wang khairat sebanyak RM500 sepertimana yang ditetapkan untuk meringankan urusan pengkebumian beliau. Pihak AJK Persatuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga Penduduk Taman Desa Aman, Ahli Qaryah Jalan Terusan dan semua pihak yang telah hadir menziarahi jenazah Allahyarham. AL-FATIHAH.
Subscribe to:
Posts (Atom)